PERKEMBANGAN terkini buatkan Zarul rasa bertuah sertai GV3.
Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my


Pembabitan vokalis kumpulan Umbrella yang pernah popular menerusi lagu Ramalanku Benar Belaka, Zarul, 43, dalam program Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) memberi nafas baru kepada kerjaya seninya.

Masakan tidak, Zarul atau nama sebenarnya Zairulkeifli Husin mengakui sambutan yang diterima agak luar biasa.

Malah Zarul yang juga pramugara di syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sejak 16 tahun lalu bangga apabila berjaya mengumpul peminat muda.

Perkara itu sedikit sebanyak mengembalikan zaman kegemilangannya bersama Umbrella cuma bezanya ketika itu tiada laman sosial seperti sekarang.

“Saya sudah bersedia de­ngan situasi ini. Berdasarkan sambutan peminat terhadap peserta musim lalu, saya percaya perkara sama bakal terjadi. Cuma saya tak menyangka secepat ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 November 2016 @ 8:14 AM