KETIKA majlis perlancaran produk Asus. FOTO Shahrul Redzuan Zulkifli
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Acer Sales & Services Sdn Bhd (Acer) melancarkan laptop ternipis di dunia dengan tahap kenipisan hanya 9.98mm iaitu Swift 7.

Ia dijual pada harga RM4,999.

Laptop ini memiliki skrin 13.3 inci HD Penuh menggunakan paparan IPS dan kaca Corning Gorilla Glass 4 yang beroperasi dengan senyap memandangkan tiada kipas penyejuk dibina di dalam.

Ia mempunyai berat hanya 1.1 kilogram (kg) dengan rekaan aluminium unibodi gandingan warna hitam dan emas yang menawarkan rekaan premium dan elegan.

Acer Swift 7 mempunyai jangka hayat bateri yang mampu bertahan sembilan jam dengan pemprosesan Intel Core i5 (Kaby Lake) generasi ketujuh bersama pilihan RAM sehingga 8GB dan storan SSD 256GB yang pantas.

Turut dilancarkan, Acer Swift 3 dengan warna baru iaitu emas.

Selain itu, Acer juga memperkenalkan laptop dengan monitor boleh pusing dan menukarnya menjadi tablet.

Boleh dipusingkan sehingga 360 darjah, Spin 7 sudah pasti mempunyai berguna bagi keduadua fungsi, laptop atau tablet yang disokong fungsi Continuum dalam Windows 10

Meskipun ciri boleh pusing ini hebat, Spin 7 masih direka nipis 10.98mm dan beratnya sekitar 1.2kg saja.

Acer turut mengambil kesempatan melancarkan monitor game Predator Z1 yang bersaiz 27 inci dengan rekaan lengkung digabungkan teknologi NVIDIA G-SYNC lengkap pengesan mata Tobil.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 November 2016 @ 5:35 PM