Huawei memperkenalkan satu lagi tablet terkini, MediaPad M3 yang fokus kepada kemudahan pengguna menikmati multimedia melaluinya.

Ia memiliki skrin QuadHD 2560 x 1440 pada skrin berkeluasan 8.4 inci dengan pemprosesan laju Kirin 950 yang bergandingan dengan RAM 4GB.

Huawei Malaysia menawarkan dua storan untuk MediaPad M3 iaitu 32GB dan 64GB dan nikmat audio berteknologi Harman Kardon memang seakan-akan tiada tandingan.

Kamera tablet ini memiliki sensor 8MP di depan, dan 8MP di belakang dan ruangan storan sehingga 64GB.

Ia dilengkapi bateri berkapasiti 5100mAh untuk masa penggunaan yang lama dan menggunakan port mikroUSB 2.0. T.

Tablet ini turut hadir dengan pelbagai aplikasi Microsoft Office terbina secara percuma.

Tarikan utama tablet ini adalah kepada peminat hiburan. Ia memiliki pembesar suara stereo yang direka dengan kerjasama Harman Kardon, pakar sistem audio terkemuka dunia.

Sistem audio ini diperkasa dengan cip DAC AK4376 HiFi, untuk penghasilan bunyi lebih baik dari biasa.

Huawei MediaPad M3 dengan 32GB storan ditawarkan pada harga RM1699, sementara versi 64GB pula berharga RM1999.

Menarik juga apabila ia turut hadir dengan jaminan tukar satu-ke-satu daripada Huawei Malaysia untuk beberapa kerosakan.

SPESIFIKASI:

HUAWEI MEDIAPAD M3

Harga: RM1,699 (32GB) RM1,999 (64GB)

Skrin: 8.4 inci QuadHD 2560 x 1440

Pemprosesan: Kirin 950

RAM: 4GB

Kamera: 8MP +_ 8MP

Storan: 32GB atau 64GB

Bateri: 5100mAh

Port: mikroUSB 2.0

Audio: Harman Kardon dengan cip DAC AK4376 HiFi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 November 2016 @ 6:13 AM