DENGAN aplikasi Priceza anda tidak perlu lagi buka sehingga 4 laman web.
Wan Nur Ameera Meor Rozman
it@hmetro.com.my


Kemunculan pusat beli-belah khususnya pusat beli-belah dalam talian kian mendapat perhatian masyarakat Malaysia.

Ada masanya, portal beli-belah tertentu me­ngadakan promosi jualan dengan menawarkan diskaun yang dapat menarik perhatian pelanggan.

Kebiasaannya, pembeli pula akan melakukan tinjauan harga daripada beberapa peniaga untuk mendapatkan harga yang terbaik.

Dengan aplikasi Priceza, kini anda tidak perlu lagi membuka sehingga empat website untuk membuat perbandingan harga.

Priceza menyediakan platform perbandingan harga daripada pelbagai portal beli-belah merangkumi Lazada, 11street, mudah.my, Superbuy, youbeli, ASOS, termasuk pusat beli-belah fizikal seperti Tesco, Watsons, Boscoshop, HERMO dan Kinokuniya.

Menggunakan Priceza, ia dapat membantu anda untuk menjadi pembeli yang lebih bijak dalam mencari harga semasa produk dengan cepat, mudah dan tepat sebelum anda membuat keputusan untuk membeli.

Selain menunjukkan perbandingan harga, Priceza juga menyediakan pengimbas kod bar untuk memudahkan pengguna mencari produk dan mengetahui harganya daripada pilihan penjual yang ada.

Untuk memudahkan urusan beli-belah, anda boleh memuat turun aplikasi Priceza dari Play Store dan App Store.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 November 2016 @ 6:00 AM