Jenazah datuk dan dua cucunya yang rentung dalam kebakaran malam semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Baru Batu 11, Sandakan petang tadi-FOTO Hazsyah Abdul Rahman
Hazsyah Abdul Rahman
hmkk@hmetro.com.my


Sandakan: Jenazah tiga sekeluarga yang rentung dalam kebakaran di Kampung Baru, Batu 18, Sandakan malam tadi, selemat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Baru Batu 11, di sini, jam 6.25 petang tadi.

Terdahulu, jenazah Usman Liwadu, 60-an, dan dua cucunya, Nurul Natasha Abdullah, 11, dan

Nurul Musdalifah, 10, disembahyangkan di Masjid Darul Aman Kampung Gum-Gum, Batu 16, di sini.

Isteri Usman, Aminah Lani, 59 dan seorang anak perempuannya, Sumiah, 28, hadir pada majlis pengkebumian berkenaan bersama ahli keluarga yang lain.

Ibu kanak-kanak itu, Suheimi Usman, 35, tidak hadir kerana menjaga seorang lagi anaknya yang mengalami masalah kesihatan di Wad Kanak-Kanak Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan.

Bagaimanapun, Aminah belum bersedia ditemubual kerana terlalu sedih akan kejadian itu.

Dalam kejadian 9.25 malam semalam, tiga sekeluarga itu rentung selepas terperangkap di rumah kayu dua tingkat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 November 2016 @ 8:05 PM