PEMAIN Belgium meraikan kemenangan.
AFP

Paris: Belgium membelasah Estonia 8-1 untuk mendahului Kumpulan H manakala Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol ketika Portugal nyaris aib sebelum menewaskan Latvia 4-1 pada kelayakan Piala Dunia, awal pagi semalam.

Romelu Lukaku dan Dries Mertens masing-masing menjaringkan dua gol ketika Belgium semakin garang dengan tambahan gol daripada Thomas Meunier, Eden Hazard, Yannick Carrasco dan jaringan gol sendiri untuk menjadikan empat kemenangan daripada empat perlawanan.

Dalam kumpulan sama, Greece menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-95 menerusi Giorgos Tzavellas selepas sepakan percuma memberikan Bosnia gol pendahuluan apabila bola melantun dari tiang dan gagal diselamatkan penjaga gol Orestis Karnezis.

Satu mata milik Greece bermakna mereka mengutip 10 mata daripada empat perlawanan Kumpulan H, dua mata di belakang Belgium.

Gibraltar mencatat sejarah dan menyamakan kedudukan buat seketika di Cyprus sebelum tewas 1-3.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 November 2016 @ 7:55 AM