Siti Nor Hidayatidayu Razali
sitinor@hmetro.com.my


Kota Bharu: Suspek utama berusia 34 tahun berhubung kematian penjaga barang binaan di Felda Aring 8, dekat Gua Musang, Jumaat lalu, berjaya ditahan hari ini

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, lelaki berkenaan ditahan di Felda Aring 10, kira-kira 2.30 petang.

"Penahanan suspek utama itu menjadikan lima lelaki ditahan berhubung kejadian yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya di sini, hari ini,

Seorang penjaga barang binaan, Rojali Muslim, 29, meninggal dunia di Klinik Kesihatan Aring 1, Gua Musang, kira-kira 9.30 pagi Jumaat, lalu dipercayai akibat dipukul.

Menurut polis, kejadian dipercayai berlaku akibat salah faham kerana disangka melarikan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 November 2016 @ 5:45 PM