FOTO Hiasan
Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my


Seremban: Sebanyak 44,828 rumah di kawasan Seremban dan Port Dickson mengalami gangguan bekalan air yang dijangka berterusan selama 24 jam akibat penutupan sementara operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi, hari ini.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Norzita Ismail berkata, penutupan itu terpaksa dilakukan berikutan masalah pencemaran bau yang berulang daripada sumber air mentah di Sungai Linggi.

"Berikutan penutupan LRA ini, beberapa kawasan mengalami gangguan bekalan air bagi tempoh 24 jam dan bekalan dijangka pulih jam 9 pagi esok," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Antara kawasan terjejas di Port Dickson ialah Escort Estet; Kampung Sawah Sunggala, Bandar Sunggala; Taman Sirusa Jaya; Batu 6, Jalan Pantai; Batu 5, Jalan Pantai; Kem Askar, Kampung Baru Sirusa; Jalan Sua Betong; Taman Desa PD; Kampung Barisan; Air Kuning sehingga kawasan Tampin-Linggi.

Kawasan lain Kampung Bagan Pinang; Taman PD Utama; Taman Raja Zainal; Taman Too Kee Kah; Transit Kuarters; Jalan Shell Refinery; Happy Garden; Batu 1, Jalan Pantai sehingga pusat bandar Port Dickson.

Kampung Chokra, Taman Muhibah; Taman Puteri; Kampung Arab; Taman PD Akasia; Kampung Air Meleleh; Kampung Gelam; Taman Pd Tropika; Taman Sri Mawar; Jalan Bypass; Kampung Paya; Tanjung Gemok; Taman Kiara; Taman Sri Intan; Taman Ria; Taman Negeri Lama dan Baru; Taman Pantai Mas; Kampung Kuala Lukut dan Bandar Dataran Segar.

Taman Sentosa Lama dan Baru; Taman PD Jaya; Taman Naga; Taman Indah Baru; Taman Bandar Baru; Taman Indah Wang; Taman Aman; Taman Bukit Tinggi; Rumah Rakyat Pekan Lukut; Taman Desaru; Sri Parit; Taman Indah Jaya; Kawasan Perindustrian Lukut Indah; Taman Wawasan; Taman Jaya; Taman Tun Sambathan; Pekan Lukut sehingga Spring Hill, Batu 6 dan Batu 7 Jalan Seremban sehingga kawasan Simpang Siliau.

Bukit Palong; Taman Lukut Makmur; Taman D’ Pinggiran Kota; Taman D’ Ambang Kota; Perindustrian Perdana Bukit Palong; Kebun Jimah; Jimah Lama; Kampung Cina Site C Tanah Merah; Taman Jimah Jaya; Tanah Merah Site C; Bukit Pelandok dan Chuah.

Di Seremban pula yang terjejas ialah Taman Pinggiran Senawang; Kampung Ulu Rantau; Sekolah Dato’ Abdul Razak; RTM; Taman Permata; Ladang Batu 11; Ladang Kombok; Taman Ulu Lalang; Kampung Solok; Kampung Ribu; Kampung Sega Ulu dan Kampung Sega Hilir.

Jalan Kuala Sawah; Ladang Kuala Sawah; Kampung Nyatoh; Rumah Rakyat Nyatoh; Kampung Belangkan; Kawasan Industri Nilam Ribu; Taman Bandar Ekar, Pekan Rantau; Kampung Takau; Kampung Pening; Kampung Kancong; Taman Rantau; Ladang Siliau dan Nusari Bayu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 November 2016 @ 1:12 PM