REPSOL Elite dilancarkan ketika perlumbaan MotoGP di Sepang baru-baru ini.
Lizam Ridzuan
lizamridzuan@hmetro.com.my


Sempena perlumbaan MotoGP di Sepang baru-baru ini Repsol mengambil kesempatan melancarkan rangkaian minyak enjin terbaharunya Repsol Elite.

Dilancarkan oleh dua pelumba pasukan Honda iaitu Marc Marques dan Hiroshi Aoyama, produk terbaharu itu memberikan kelebihan memanjangkan jangka hayat enjin serta mematuhi kualiti dan standard tertinggi serta mesra alam sekitar.

Selain disahkan dan menjadi pilihan kebanyakan jenama kenderaan penumpang utama di dunia, ia menawarkan penjagaan terbaik daripada segi kecekapan dan perlindungan serta membantu meningkatkan kecekapan bahan api sehingga 3 peratus berbanding formulasi sebelumnya.

Repsol Elite juga menyumbang kepada penjagaan kebersihan ekzos termasuk pengurangan emisi CO2 bagi kebanyakan enjin termaju dihasilkan kini.

Antara ciri lain minyak ini ialah lingkungan pekatan ditambah dengan bahan berkualiti tinggi yang dirumus untuk lebih sintetik bagi keperluan pengguna serta dibangunkan oleh Pusat Teknologi Repsol dengan piawaian paling tinggi ditetapkan.

Selain itu, reka bentuk pembungkusan yang baru juga ditawarkan kepada pengguna bagi kemudahan mereka untuk memilih produk yang bersesuaian dengan jenis enjin dan kenderaan.

Produk baharu itu bakal berada di pasaran tempatan pada tahun hadapan melalui kilang pengeluaran UMW di Shah Alam yang juga kerjasama antara UMW dan Repsol sebagai pemegang lesen dan pengedaran sejak 2010 bagi pasaran tempatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 November 2016 @ 5:01 AM