Safuri Kamarudin
am@hmetro.com.my


Baling: Pelajar maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan kereta di Jalan Kulim-Baling, dekat Kampung Binjul Luar, Baling, malam tadi.

Arwah Haziq Zahir, 16, dari Kampung Lubuk Pedati, dekat sini, dipercayai menunggang motosikal bersama beberapa rakannya untuk bermain futsal di Sungai Petani, pada kira-kira 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Baling, Superitendan Shariffuddin Yusuf, berkata arwah menunggang Honda EX-5 dan ketika itu dalam perjalanan dari Baling ke Kulim, sebelum bertembung dengan Mercedes Benz dari arah bertentangan.

"Siasatan awal mendapati kumpulan rakannya memotong kenderaan lain tetapi mangsa gagal dan melanggar depan kanan kenderaan itu.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Tubuh terpulas di pinggang dan putus kaki kanan. Pemandu tidak cedera," katanya.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Baling (HB) sebelum dituntut ahli keluarganya untuk dikebumi di tanah perkuburan Islam Kampung Titi Teduri, hari ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 198," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 November 2016 @ 11:32 AM