Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my

 

Mukah: Seorang lelaki warga emas dikhuatiri dibaham buaya selepas dilaporkan hilang ketika keluar menjala Sungai Batang Oya, Kampung Bakong, Oya, di sini, pagi tadi.

Mangsa, Sili Ismail, 60, dikatakan keluar menjala seorang diri di sungai berkenaan seorang diri kira-kira jam 8 pagi namun masih tidak pulang ke rumah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, keluarga mangsa kemudiannya memaklumkan kehilangan lelaki terbabit kepada polis sebelum bomba dihubungi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) jam 10.53 pagi.

Menurutnya, operasi yang dijalankan di sungai berkenaan menemui sampan yang digunakan mangsa tersadai di tepi sungai dengan kesan gigitan buaya.

"Sampan yang ditemui dipercayai hanyut dan mangsa mungkin jatuh ke dalam sungai. Setakat ini operasi masih diteruskan bagi mengesan mangsa," katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 November 2016 @ 2:01 PM