Jenazah Omar Miskam dituntut keluarga untuk dibawa dikebumikan di Panchor, Muar. FOTO Rasul Azli Samad
Nur Saliawati Salberi
nursaliawati@mediaprima.com.my


Melaka: Jenazah Omar Miskam, 49, yang dibunuh di Kampung Kesang Laut, Tangkak, Johor, dituntut ahli keluarganya di Jabatan Forensik Hospital Melaka (HM), di sini, petang tadi.

Jenazah dituntut abangnya, Darus Miskam, 65, kira-kira jam 5 petang selain ditemani kira-kira 10 ahli keluarga terdekat mangsa.

Difahamkan, proses pengecaman dilakukan oleh abang, adik serta isteri mangsa pada Isnin di Jabatan Forensik HM.

Jenazah dibawa ke masjid di kampungnya di Panchor, Muar, untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Panchor.

Semalam, polis mengesahkan identiti mangsa bunuh dan kerat, Ahad lalu ialah Omar yang bekerja sebagai pemandu jengkaut dari Kampung Sungai Alai, Panchor.

Mayatnya dikerat lebih sepuluh bahagian dan dibungkus dalam lima plastik sampah yang kemudian disorok dalam saluran pembetung longkang di kawasan parkir rumah suspek.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 November 2016 @ 6:31 PM