Anggota bomba mencari mangsa yang dikhuatiri lemas di Sungai Pinang, Kemaman kira-kira 8 pagi tadi. FOTO Shamsudin Husin
Shamsudin Husin
am@hmetro.com.my


Chukai: Nelayan dikhuatiri lemas selepas bot gentian kacanya terbalik di Sungai Pinang, Kemaman kira-kira 8 pagi tadi.

Zakaria Kassim, 52, dilaporkan terjatuh ke dalam sungai dan dihanyutkan arus deras.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Penolong Penguasa Bomba Yahaya Hanapi berkata, mangsa bersama abang dan rakannya ke sungai itu untuk memindahkan bot.

Menurutnya, mangsa kemudiannya masuk ke dalam bot berkenaan sendiri untuk membawanya ke hulu sungai.

"Bagaimanapun, arus sungai deras menyebabkannya tidak dapat mengawal bot sebelum ia terbalik dan mangsa hilang," katanya.

Menurutnya, pihaknya yang menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira 10 pagi bergegas ke lokasi dan seramai 14 pegawai dan anggota menjalankan operasi mencari.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 November 2016 @ 3:13 PM