Ohio: Seorang lelaki menjual apa yang didakwanya bulu ari-ari milik Elvis Presley di Internet dengan harga AS$5,000 (RM17,400).

Lelaki berkenaan membuat tawaran itu di Craigslist mendakwa memiliki bulu ari-ari sejak 1965 malah mempunyai surat mengesahkan kesahihannya yang ditandatangani lelaki dikenali sebagai Colonel Parker - dipercayai pengurus Presley, Colonel Tom Parker.

“Saya tidak mahu berpisah dengan memorabilia ini. Bekas isteri saya Billie Jean Flurt sendiri mencabutnya daripada badan Presley,” katanya di Craigslist. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Disember 2014 @ 5:04 AM