SEORANG wanita melontar tong sampah yang terbakar ketika rusuhan di Oakland, California.

California: Bantahan terhadap Donald Trump tercetus di Bay Area, California semalam selepas calon Republikan itu memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat, kata saksi dan media tempatan.

Penunjuk perasaan membakar patung Trump, memecahkan tingkap pameran kedai selain membakar sampah serta tayar di Oakland.

Manakala tidak jauh dari situ, pelajar Universiti California, turut memprotes di kampus Berkeley manakala di kampus Davis pelajar menghalang lalu lintas apabila berarak dan melaungkan slogan anti-Trump termasuk ‘Kamu bukan Amerika, kamilah Amerika’ menurut pengguna Twitter.

Seorang penunjuk perasaan di Oakland cedera dilanggar kereta selepas menghalang lalu lintas di sebuah lebuh raya, lapor media tempatan. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 November 2016 @ 7:41 AM