Antara peralatan dan pelekat yang dirampas. - Foto Ihsan PDRM
Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com


Bukit Mertajam: Seorang kakitangan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) berusia 38 tahun ditahan polis kerana menjual lesen perniagaan palsu, semalam.

Sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah menyerbu sebuah restoran di Taman Machang Bubok dan menahan lelaki itu pada 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Bik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, suspek yang sudah 18 tahun bekerja dengan MPSP, menjual lesen palsu berkenaan kepada lebih 20 premis di sini.

Polis turut merampas peralatan, termasuk komputer dan pelekat yang digunakan lelaki itu untuk membuat lesen palsu berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 November 2016 @ 9:42 PM