Kesan lebam akibat dipukul. FOTO Mohd Rizal Abdullah
Kesan kecederaan pada betis mangsa. FOTO Mohd Rizal Abdullah
Mohd Rizal Abdullah
Mohd.rizal@hmetro.com.my


Miri: Seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan polis petang semalam selepas membelasah isterinya menggunakan kayu semambu di sebuah rumah di Tudan, di sini, pada 5 November lalu.

Lelaki terbabit ditahan pada jam 4.45 petang di rumahnya selepas mangsa berusia 27 tahun membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, suspek yang juga penganggur itu dipercayai mabuk ketika membelasah isterinya.

Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami lebam teruk di betis kiri dan beberapa anggota badan lain.

"Mangsa turut mengalami trauma akibat kejadian itu," katanya.

Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 324/326A Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 November 2016 @ 7:01 PM