Tidak berlaku sebarang kebocoran kertas soalan SPM 2dan tiada keperluan menduduki semula peperiksaan. - Foto Fail
Siti A'isyah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my


Putrajaya: Kementerian Pendidikan menafikan berlaku kebocoran kertas soalan Sejarah Kertas 1 dan 2 peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti disebarkan di media sosial.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, siasatan dijalankan Lembaga Peperiksaan (LP) mendapati tidak berlaku sebarang kebocoran kertas itu dan tiada keperluan untuk menduduki semula peperiksaan.

“Kementerian Pendidikan amat kesal dengan kenyataan tidak benar ini dan menasihatkan pemalsuan maklumat tidak dijadikan bahan viral kerana ia boleh menyebabkan kekeliruan masyarakat.

"Justeru, Kementerian Pendidikan tidak teragak-agak membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekiranya perkara ini masih disebarkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 November 2016 @ 5:52 PM