Penyokong Hillary tidak dapat menerima kekalahan calon pilihan mereka. FOTO The Dailymail
Penyokong Trump sudah meraikan kemenangan calon Republikan itu. FOTO The Dailymail
Agensi

Washington: Donald Trump sudah bersiap sedia untuk menyampaikan ucapan kemenangannya selepas keputusan yang diumumkan setakat ini menunjukkan dia hampir memenangi 270 undi Badan Perwakilan Pemilih.

Hanya sebuah negeri saja kini memisahkan dia dengan Rumah Putih.

Sama ada Michigan atau Pennsylvania diisytiharkan dimenangi Republikan, Trump akan mencapai lebih daripada 250 undi Badan Perwakilan Pemilih.

Setakat jam 2 petang tadi (waktu Malaysia), bilionair hartanah itu sudah memperoleh 264 undi badan berkenaan.

Dia menang di negeri penting termasuk Ohio, Georgia, Carolina Utara dan beberapa negeri yang memang dijangka akan menang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 November 2016 @ 3:13 PM