Trump dan keluarga bersama ketika menyaksikan pengumuman pengundian di New York. FOTO Twitter Ivanka Trump
Agensi

Washington: Bilionair Republikan, Donald Trump memenangi pengundian di Florida dan Carolina Utara dalam persaingan pilihan raya Amerika Syarikat.

Kemenangan itu memberi tamparan kepada calon Demokrat, Hillary Clinton selepas Trump sebelum ini memenangi Ohio, sebuah lagi negeri penting yang perlu dimenangi kedua-dua calon untuk menentukan kemenangan mereka, sekali gus menjadi presiden baru Amerika Syarikat.

Sementara itu, pasaran saham di seluruh dunia jatuh selepas Trump diramalkan akan memenangi pilihan raya semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 November 2016 @ 12:34 PM