Perodua Kancil terbakar seratus peratus. FOTO Ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat
Anggota bomba dan penyelamat memadamkan kebakaran sebuah Perodua Kancil. FOTO Ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat
Norizuan Shamsuddin
norizuan@hmetro.com.my


Kajang: Seorang pemandu maut selepas keretanya terbakar di Jalan Megah 21, Cheras, di sini, jam 5.20 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan awam pada jam 5.29 petang.

Katanya, lapan pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dikerahkan ke lokasi.

"Apabila tiba di lokasi, anggota mendapati kebakaran membabitkan sebuah Perodua Kancil.

"Kenderaan itu terbakar 100 peratus dan pemeriksaan mendapati terdapat seorang mangsa tidak diketahui identiti rentung di dalam kereta terbabit.

"Semakan nombor pendaftaran mendapati ia milik seorang lelaki berusia 52 tahun beralamat di Taman Murni Batu 9, Cheras," katanya di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 November 2016 @ 7:12 PM