Calin wanita pertama dalam sejarah pilihan raya presiden Amerika, Hillary Clinton (kanan) dan Donald Trump. - Foto Agensi
Agensi

Washington: Beberapa jam lagi, 226 juta rakyat Amerika Syarikat keluar mengundi hari ini, bagi memilih sama ada Hillary Clinton dari Demokrat atau calon Republikan Donald Trump sebagai presiden baru serta wakil kongres mereka.

Pemenang akan menjadi pemimpin negara yang ekonominya terbesar di dunia namun rakyat dan banyak pihak tidak sehaluan dalam masalah pendatang, perdagangan dan peranan Amerika di dunia.

Seramai 50 juta pengundi sudah membuang undi mereka sebelum ini.

Bekas Wanita Pertama Amerika, senator New York Setiausaha Negara, Hillary Clinton, 69, yang menjadi calon wanita pertama dalam sejarah Amerika, sedang mendahului

Trump, 70, yang berkempen sebagai wira yang bakal menyelamatkan Amerika, termasuk kemelesetan ekonomi, ancaman pendatang dan pengganas, berjanji menjadikan Amerika kembali hebat.

Pusat mengundi di pantai timur akan mula dibuka 7 pagi (7 malam waktu Malaysia) dengan pusat di negeri Pennsylvania, Carolina Utara dan Florida akan menutup pusat mengundi lebih awal.

Kajian dan tinjauan menunjukkan Hillary sedikit mendahului untuk mencapai 270 undi Electoral College bagi membolehkannya menang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 November 2016 @ 4:09 PM