Muhammad Amirul yakin dengan kemampuan diri. FOTO Zuhairi Zuber
Nur Shafinaz Sari
am@hmetro.com.my


Melaka: Muhammad Amirul Bongsu, 19, antara tiga pelajar mempunyai masalah pendengaran dan bisu menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Mutahir, Batu Berendam, hari ini.

Muhammad Amirul berkata, walaupun menghadapi masalah dalam memahami soalan namun dia yakin dengan kemampuan diri sendiri untuk menjawab peperiksaan berkenaan dengan baik.

Menurutnya, dia tekad untuk cemerlang dalam peperiksaan berkenaan seterusnya mengubah nasib keluarga.

"Memang sukar, tetapi saya sudah membuat persediaan yang secukupnya dan berharap dapat menjawab dengan baik.

"Saya bercita-cita untuk menyambung pelajaran di Politeknik dalam bidang kemahiran selepas tamat persekolahan ini, jadi saya berharap ia akan menjadi kenyataan,"katanya yang ditemubual dengan dibantu jurubahasa isyarat ketika ditemui sebelum memasuki dewan peperiksaan, di sini, pagi tadi.

Remaja itu dan dua lagi rakan adalah calon berkeperluan khas daripada 231 pelajar menduduki SPM di sekolah berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 November 2016 @ 12:31 PM