HILLARY (tengah) berucap pada kempennya di Pembroke Pines, Florida. - Reuters

Washington: Kajian pendapat terbaru menunjukkan kedudukan calon Demokrat Hillary Clinton ‘semakin stabil’ ketika dia mendahului pencabarnya, Donald Trump yang mencatatkan mata paling rendah sejak 10 hari lalu.

Bagaimanapun, persaingan antara kedua-dua calon berkenaan makin sengit, menurut kajian yang dilakukan ABC News/Washington Post, khususnya di negeri atas pagar- Colorado, Michigan, Nevada, Pennsylvania dan New Hampshire.

Menurut kajian ABC News 48 peratus responden akan mengundi Hillary sementara 43 peratus menyokong Trump.

Sokongan terhadap Trump itu adalah paling rendah sejak 25 Oktober lalu.

Sementara itu, Fox News melaporkan, Hillary mendahului Trump dengan dua mata, tiga hari menjelang pilihan raya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 November 2016 @ 11:11 AM