AYOB Khan. FOTO Mohd Yusni Ariffin
Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my


Bangi: Kumpulan pengganas Daish Malaysia dikesan mempunyai kepakaran serta kemampuan menghasilkan bom paip atau bahan letupan buatan sendiri (IED) hanya bermodalkan wang RM17.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kebimbangan itu berasas berikutan kejayaan polis merampas pelbagai bahan letupan daripada suspek yang merancang melakukan serangan di beberapa lokasi di negara ini.

Katanya, semua bahan letupan itu mampu menghasilkan letupan kuat apabila ia diadun semula.

“Bagi menghasilkan IED perlu mempunyai ‘detonator’ iaitu alat digunakan untuk mencetuskan letupan. Anggota Daish kini mampu menghasilkan detonator sendiri.

“Malah sebahagian daripada mereka juga mempunyai kepakaran menghasilkan bom IED daripada pelbagai bahan yang boleh dibeli di pasaran,” katanya pada forum perdana berhubung kegiatan Daish dalam masyarakat diadakan di Sekolah Kebangsaan Jalan 4, Bandar Baru Bangi, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 November 2016 @ 8:24 AM