Ardini Sophia Sina
Hellinie@hmetro.com.my


PELAKON veteran terkenal, Datuk Jalaluddin Hassan kehilangan isteri tercinta, Datin Hasimah Mad Ihsan, awal pagi ini.

Allahyarham isterinya menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi pembedahan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, Kuala Lumpur, kira-kira 3 pagi ini.

Jalaluddin berkata, jenazah sudah dibawa ke rumah dan akan dikebumikan selepas solat zohor nanti.

"Jenazah isteri saya sudah pun dibawa pulang ke kediaman kami dan akan dikebumikan selepas solat zohor. Dia akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 November 2016 @ 9:58 AM