Bersama AHMAD SALIHIN ABD RAHIM
skrudanspanar@gmail.com


Saya memandu Proton Wira 1.5 transmisi manual. Apakah jenis minyak pelincir yang sesuai dengan kereta itu memandangkan buat masa ini saya menggunakan jenama Liqui Moly.

MUHAMAD SYUKUR

Kuala Lumpur

Minyak pelincir adalah penting kerana mahu memberi yang terbaik kepada enjin kenderaan. Buat masa ini, sangat mudah memilih minyak enjin yang sesuai untuk kereta anda.

Anda hanya perlu mencari logo pengesahan bahawa minyak itu diuji dan memenuhi piawaian Institut Petroleum Amerika (American Petroleum Institute) atau JASO.

Selain itu, lihat penggredan dua huruf pada bekas minyak itu, contohnya gred API "SL." Gred itu merujuk beberapa ujian makmal dan enjin, termasuk untuk mengawal suhu tinggi.

Cuma anda perlu memilih kelikatan sesuai untuk suhu operasi biasa bagi kenderaan yang boleh disemak dalam manual kereta.

Minyak pelincir enjin untuk kereta, van dan trak ringan dengan enjin petrol adalah kategori API-S (Perkhidmatan).

Bagi kenderaan seperti trak tugas berat yang menggunakan enjin diesel adalah API-C (Komersial).

Jika manual kereta anda mencadangkan minyak API-SJ atau SL, minyak API-SM akan menyediakan perlindungan sepenuhnya.

Ikut saranan pengeluar kenderaan anda, termasuk dengan meng­gunakan gred kelikatan minyak SAE, dan ILSAC atau standard prestasi API yang disyorkan.

Jika anda mahu mencampurkan jenama minyak, gunakan gred kelikatan dan kategori perkhidmatan API yang bersesuaian untuk me­ngekalkan prestasi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Disember 2014 @ 5:12 AM