TAMPIL mempertaruhkan single baru Seperti Yang Dinantikan.
Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my


Untuk bertahan sebagai sebuah band yang terus produktif dan kesepakatan sesama anggota, banyak faktor perlu dititikberatkan.

Perbezaan pendapat tidak dinafikan akan sentiasa wujud dan terpulang bagaimana mereka mahu menangani isu itu.

Dimensi band Estranged tidak dinafikan berubah-ubah sejak ditubuhkan pada 2001.

Mulanya tampil berempat, bagaimanapun perjuangan band berkenaan kini hanya diterajui tiga anggotanya iaitu Rich Gimbang (penyanyi), Din Hormatov (gitar) dan Nor Hanafi (gitar).

Apa yang pasti, Estranged antara band paling kukuh namanya hingga saat ini. Ramai tahu karya yang mereka hasilkan bukan calang-calang dan berada pada tahap kualiti terbaik.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 November 2016 @ 4:57 AM