REKAAN kompak, spesifikasi tinggi.
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my


Menguji desktop game Acer Predator G1 memberi impak yang besar kepada penguji. Mana tidaknya, disebabkan dekstop inilah penguji tak tidur kerana leka bermain game apabila ia memproses data game tanpa ‘lag’.

Predator G1 menggunakan GTX 1080 dan jika anda membelinya, ia ditawarkan sekali bersama beg roda bagi memudahkannya dibawa ke mana saja meskipun ia CPU.

Berbanding keluaran produk desktop Predator sebelum ini iaitu Predator G6 dan G3, G1 menampilkan kelainan dari segi paparan hiasan lampu pada desktop yang boleh ditukar mengikut cita rasa pengguna sekali gus menawarkan nilai eksklusif kepada penggunanya.

Tapi, pastikan anda benar-benar memeriksa kocek seluar kerana satu desktop ini berharga RM10,999.

Tapi dalamannya, anda memperoleh CPU Intel Core i7-6700 (8MB L3 Cache, 3.4GHz dengan Turbo Boost hingga 4.0GHz).

Ia mempunyai memori RAM 16GB DDR4 tapi tumpuan menjurus kepada grafik NVIDIA GeForce GTX 1080 dengan 8GB GDDR5.

Predator G1 pandai menyesuaikan gabungan CPU dan grafik dengan baik bermakna seperti yang penguji alami, permainan menjadi lebih lancar jadi jangan terlalu leka.

Berdasarkan storan 128GB bagi SSD dan 2TB untuk HDD, ruang storan bukan masalah besar kepada kaki game.

Lagipun, dengan badan yang kompak memang memudahkannya diletakkan di mana saja di ruang rumah anda.

Input dan output pula menyaksikan pembaca kad SD, 2 x jek audio, USB 3.0 dan USB 3.1 semuanya ditempatkan di depan manakala LAN Port 6 x jek audio, 4 x USB 3.0 pula ditambah di belakang.

Apa yang ada dalam desktop ini sudah pasti tidak lagi boleh diubah suai sesuka hati bermakna tiada ruang tambahan bagi kad video kedua.

Acer Predator G1 bukanlah PC game yang mungkin diingini si tegar memandangkan pilihan konfigurasinya agak terhad.

Tapi bagi yang gemarkan premium, inilah standardnya dan pakejnya juga sangat mudah alih untuk dibawa ke mana saja.

Jika mahu menggabungkannya pula dengan set VR, Predator G1 memang padan.

SPESIFIKASI:

PRODUK: Acer Predator G1

PENGELUAR: Acer

CIRI: Desktop game

PRO: Rekaan canggih, spesifikasi tinggi

KONTRA: Tak boleh ‘customize’

LAMAN FB: www.facebook.com/ AcerMalaysia

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 November 2016 @ 6:03 AM