KAWASAN tanaman jagung. FOTO Nazdy Harun
Hairulazim Mahmud
azim@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Semua ahli Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) diseru supaya melihat peluang baru dalam bidang pertanian seperti pengeluaran jagung bijirin.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, tanaman jagung bijirin akan menjadi satu lagi tanaman utama bagi menyokong sumber makanan negara selain padi.

"Ia sekaligus dapat mengurangkan kebergantungan terhadap jagung import yang mana kerajaan terpaksa mengimport kira-kira empat tan jagung bijirin dengan nilai RM3.1 bilion setiap tahun bagi menghasilkan makanan untuk ternakan seperti ayam dan ikan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikanMesyuarat Agung Tahunan Nafas ke-43 di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata, selain mewujudkan satu ekosistem industri pertanian baharu, tanaman jagung memberi peluang besar kepada pengusaha tanaman, pembekal biji

benih, pembekal baja, logistik, pemprosesan, penjualan dan pengeksportan meningkatkan pendapatan.

Selain itu, beliau mahu gerakan pertubuhan peladang juga meningkatkan pengeluaran produk tenusu tempatan bagi mengurangkan

kebergantungan import.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Oktober 2016 @ 5:19 PM