SANCHEZ menjaringkan gol keempat Gunners.
AFP

Sunderland: Olivier Giroud (gambar) menjaringkan dua gol dalam tempoh lima minit sebaik diturunkan daripada bangku simpanan pada separuh masa kedua untuk membantu Arsenal mengekalkan cabaran kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan selesa 4-1 ke atas Sunderland.

Dua gol Gunners lagi dijaringkan Alexis Sanchez untuk membolehkan skuad Arsene Wenger mencatat perlawanan ke-14 tanpa kalah dan mungkin menjaringkan lebih banyak gol sekiranya memanfaatkan semua peluang dalam aksi yang didominasi mereka itu.

Pada satu ketika Sunderland dilihat mampu memberi kejutan apabila menyamakan kedudukan menerusi jaringan penalti Jermain Defoe pada minit ke-65.

Namun kebangkitan mereka tidak bertahan lama apabila Giroud meledak gol pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris musim ini sejak Mei lalu untuk tiga gol dalam tempoh enam setengah daripada pasukan pelawat.

Pemain Perancis itu baru saja diturunkan dalam tempoh 60 saat apabila meledak voli hasil hantaran Kieran Gibbs untuk kembali meletakkan Arsenal di depan pada minit ke-71.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Oktober 2016 @ 5:30 AM