MOHD Asri menunjukkan kad UNCHR dipercayai palsu dimiliki PATI sepasang suami isteri dari Myanmar. FOTO Fathil Asri.
Mohamad Zulhairie Manzaidi
am@hmetro.com.my


Kota Bharu: Demi upah RM50 bagi satu kepala, tiga lelaki warga tempatan sanggup bersubahat dengan sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) menyeludup keluar golongan itu dari negara ini.

Tugas mereka hanya menunggu ‘penumpang’ tiba dan mempersiapkan kenderaan untuk membawa mereka ke pintu sempadan di pengkalan haram.

Komander Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Kelantan Mohd Asri Yahya berkata, tiga lelaki berusia 22 hingga 24 tahun itu ditahan pihaknya ketika membawa enam warga asing dalam Op Cantas di Kampung Tersang, Rantau Panjang, semalam.

Sebelum itu, katanya, bertindak hasil maklumat orang awam, pihaknya melakukan intipan di sekitar Wakaf Che Yeh, di sini, dan mendapati dua kereta jenis Perodua Myvi dan Honda Civic dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota kami kemudiannya mengekori dua kereta itu sejauh kira-kira 30 kilometer sebelum bertindak menahan mereka di Kampung Tersang, Rantau Panjang pada jam 7 pagi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Oktober 2016 @ 8:23 AM