PASUKAN bomba memadamkan kebakaran. FOTO ihsan bomba
Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my


Kuching: Gudang penyimpanan perabot di kawasan perindustrian Demak Laut, di sini musnah dalam kebakaran, hari ini.

Kebakaran 6.40 petang itu disedari pekerja gudang sebelum menghubungi bomba untuk tindakan lanjut.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, pihaknya menerima maklumat pada 6.49 petang dan sepasukan pegawai serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dan Batu Lintang dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, kebakaran marak begitu cepat memandangkan perabot kayu disimpan di dalam gudang berkenaan dan pihaknya dapat mengawal kebakaran satu jam kemudian.

"Setakat ini pasukan bomba dapat mengawal kebakaran dari merebak ke bangunan bersebelahan.

"Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan manakala jumlah kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Oktober 2016 @ 10:59 PM