ANTARA penagih dadah yang ditahan. FOTO ihsan AADK
Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Seramai 41 penagih dadah ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kubang Pasu dalam Ops Patah di Port Binjai, Mukim Jeram dekat sini, hari ini.

Dalam operasi bermula jam 4 pagi hingga jam 2 petang tadi, semua penagih berusia antara 18 hingga 64 tahun itu dipercayai sedang menunggu tokan untuk mendapatkan bekalan dadah selain menjadikan port itu sebagai tempat melepaskan gian.

Ketua Unit Risikan, Operasi dan Siasatan AADK Kubang Pasu, Mohd Shafieq Ismail berkata, semua individu yang ditahan positif dadah dan dibawa ke pejabat AADK Kubang Pasu untuk diambil keterangan selepas menjalani ujian saringan awal air kencing.

"Mereka ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Akta penagih dadah 1983 dan daripada jumlah itu enam daripadanya masih di bawah pengawasan kami," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Oktober 2016 @ 9:26 PM