PATI dan yang ditahan. FOTO Fathil Asri
Mohamad Zulhairie Manzaidi
am@hmetro.com.my


Kota Bharu: Enam pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk suami isteri antara yang ditahan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Kelantan dalam Ops Cantas di Kampung Tersang, Rantau Panjang, hari ini.

Komander AKSEM negeri, Mohd Asri Yahya berkata, merela ditahan dalam sekatan jalan raya pada 7 pagi ketika menaiki dua kereta jenis Perodua Myvi dan Honda Civic yang dipandu dua lelaki serta seorang penumpang warga tempatan.

"Mereka dipercayai dari Lembah Klang menaiki bas dan transit di sini sebelum menaiki kereta berkenaan untuk pulang ke negara menerusi Thailand.

"Keenam-enamnya berusia 20 hingga 40 tahun juga tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan suami isteri terbabit turut memiliki kad UNCHR palsu.

"Untuk itu kita juga menahan tiga lelaki warga tempatan itu yang berusia 22 hingga 24 tahun," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, semua PATI disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan yang sah.

Manakala, tiga rakyat tempatan disiasat mengikut Seksyen 56 (1)(d) akta sama kerana melindungi PATI.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Oktober 2016 @ 4:32 PM