Keadaan jari mangsa yang tersepit dalam mesin pengisar daging. FOTO ihsan bomba
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my

Bintulu: Pekerja kedai makan, hilang dua jari apabila tangannya tersepit di mesin pengisar daging dalam kejadian di sebuah restoran di bandar ini, pagi tadi.

Dalam kejadian 11 pagi itu, lelaki warga Indonesia, Irwan, 22 hilang jari hantu dan telunjuk, manakala satu lagi jari hampir putus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Di Hata Gobel berkata, mangsa datang sendiri ke Balai Bomba Bintulu dengan tangan masih tersangkut di mesin pengisar daging.

Menurutnya, seramai lapan anggota terbabit dalam operasi itu.

"Bomba mengambil masa kira-kira 40 minit untuk mengeluarkan tangan yang tersepit dengan memotong mesin pengisar itu.

"Mangsa kemudian diserahkan kepada ambulans dari Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Oktober 2016 @ 1:36 PM