GAMBAR hiasan.
Rosli Ilham
am@hmetro.com.my


Kerteh: Pekerja kontrak membersih tangki maut dipercayai terhidu gas ketika menjalankan tugasnya di kawasan industri petroleum di sini, 6 petang tadi.

Mohd Marwan Mustafa Afandi, 35, dikatakan sedang membersihkan tangki berkenaan bersama beberapa lagi rakannya ketika kejadian itu.

Dua rakannya yang masih belum dikenal pasti identitinya turut dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut dan keadaan mereka stabil.

Kejadian itu disedari beberapa pekerja lain yang kemudiannya memaklumkannya kepada pihak pengurusan syarikat sebelum memberi bantuan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, siasatan lanjut mengenai kejadian terbabit sedang dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Oktober 2016 @ 10:43 PM