KICAU yang dimuatnaik Menteri Pertahanan sebentar tadi.
Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my


Johor Bahru: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi Twitter miliknya memaklumkan sudah mengarahkan pasukan tentera darat dan udara memberikan bantuan segera ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Dengan meletakan #PrayForHSA, beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga dan mangsa kebakaran itu dan mendoakan segala urusan dipermudahkan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Oktober 2016 @ 2:16 PM