PEKERJA menyusun minyak masak di kedai di Kuala Lumpur. FOTO arkib NSTP
Noor Hidayah Tanzizi
am@hmetro.com.my


Manjung : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengambil tindakan tegas kepada peniaga yang menyorok minyak masak sehingga menyebabkan pengguna sukar mendapatkan bekalan.

Timbalan Pengarah KPDNKK Perak, Suhaimi Mat Sari berkata, jika ada peniaga menyorok bekalan, mereka akan dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1991.

"Kita akan sita barang dan lesen mereka akan digantung selain tidak dibenarkan menjalankan perniagaan.

"Justeru, pengguna tidak perlu bimbang dan jika ada peniaga ingkar salurkan maklumat kepada kami," katanya dalam sidang media selepas Taklimat Akta Timbang dan Sukat 1972 dan Prosedur Penentusahan Alat-Alat Timbang dan Sukat, di sini, hari ini.

Suhaimi berkata, isu kekurangan minyak masak berpunca apabila pembeli panik melihat bahan mentah itu tiada ketika pergi ke sesuatu kedai dan akan membeli dengan kuantiti yang banyak sehingga tidak mencukupi untuk orang lain apabila mendapati bahan ituke kedai lain yang ada menjualnya.

Caption

Pix1: Suhaimi

Pix2: Wakil Pejabat Tanah dan Daerah seluruh Perak mendengar Taklimat Akta Timbang dan Sukat 1972 dan Prosedur Penentusahan Alat-Alat Timbang dan Sukat. Gambar Noor Hidayah Tanzizi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Oktober 2016 @ 2:11 PM