REAKSI Jose Mourinho selepas tamat perlawanan di Stamford Bridge . FOTO AFP
AFP

London: Penyokong Chelsea mengejek pengurus Manchester United Jose Mourinho dengan sorakan ‘Anda bukan istimewa lagi!’ ketika kepulangannya ke Stamford Bridge membawa kepada kekalahan memalukan 0-4 semalam.

Berbekalkan tujuh gelaran utama selama dua penggal, Mourinho dianggap pengurus paling berjaya di Chelsea namun kepulangannya ke gelanggang lamanya berakhir dengan keputusan paling mengaibkan sepanjang kariernya.

Pedro Rodriguez membuka jaringan selepas 30 saat dan Chelsea tidak memandang ke belakang apabila Gary Cahill, Eden Hazard dan N’Golo Kante melengkapkan kemenangan bergaya mereka dalam Liga Perdana Inggeris.

“Kami menjaringkan gol awal tapi terus mempamerkan permainan bola sepak menarik dan mencipta banyak peluang,” kata Conte.

“Hari ini kami tidak bolos, itu yang penting. Kemenangan ini meningkatkan keyakinan kami.”

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Oktober 2016 @ 8:17 AM