Jamil Khir (tengah) merasmikan majlis pecah tanah pembinaan Surau Al-Barakah Kampung Batu Lapan, Jalan Jeniang. - Foto NOR FARHANI CHE AD
Nor Farhani Che Ad
am@hmetro.com.my


Gurun: Penipuan status perkahwinan dalam borang permohonan berkahwin perlu dipandang serius oleh pihak berwajib bagi mengelak berlakunya penganiayaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihak berwajib seperti majlis agama Islam negeri, imam dan masyarakat setempat perlu memainkan peranan lebih proaktif bagi mengelak kekeliruan.

“Memang berlaku kejadian tidak jujur status perkahwinan dalam permohonan berkahwin dan mereka lebih mudah menggunakan pendekatan 'minta maaf' kepada bakal pasangan daripada 'minta izin', tetapi sebenarnya ia satu perkara yang salah.

"Majlis agama Islam dan masyarakat setempat, terutama imam bertanggungjawab mengesahkan status perkahwinan anak kariahnya, perlu mengetahui secara terperinci mengenai status pemohon sebelum pernikahan berlangsung," katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Surau Al-Barakah Kampung Batu Lapan, Jalan Jeniang, di sini, hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, 98.4 peratus daripada responden kaji selidik dalam talian, bersetuju perlunya ada aplikasi bagi menyemak status perkahwinan

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Oktober 2016 @ 6:18 PM