Justin bersama trofi dan bawa pulang USD 1.2 juta. FOTO NSTP/OSMAN ADNAN
Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Pemain golf Amerika Syarikat (AS) Justin Thomas muncul juara kejohanan golf CIMB Classic di lapangan TPC Kuala Lumpur hari ini sekali gus mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya tahun lalu.

Pada pusingan terakhir hari ini, pemain berusia 23 tahun itu mencatat lapan bawah par 64 untuk mengumpul keseluruhan 23 bawah par 265.

Lapan birdie yang dilakukannya hari ini membantunya untuk muncul juara. 

Thomas menyamai pencapaian rakan senegara Ryan Moore yang muncul juara berganda pada 2013 dan 2014.

Kemenangan itu menyaksikan Thomas membawa pulang wang tunai sebanyak AS$1.26 juta (RM5.27 juta).

Hideki Matsuyama dari Jepun yang muncul pesaing terdekat menduduki tempat kedua dengan catatan enam bawah par 66 hari ini untuk keseluruhan 20 bawah par 268.

Gavin Gyle Green pula muncul pemain terbaik Malaysia apabila melakukan catatan par 72 untuk keseluruhan satu atas par 289.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Oktober 2016 @ 4:09 PM