Zawawi tiba di garis penamat dengan gaya tersendiri. FOTO AZLAN MZ
Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my


Gong Badak: Pelumba tempatan terus mempamerkan taring apabila Muhammad Zawawi Azman memenangi peringkat keempat Jelajah Malaysia (JM) 2016 dari Machang ke Gong Badak sejauh 125.2 kilometer, hari ini.

Pelumba pasukan NSC Mycron berusia 22 tahun itu melintasi garisan penamat dengan masa dua jam 38 minit 27 saat.

Pelumba 7 Eleven Sava RBP Mark John Lexer Galedo meraih tempat kedua manakala pelumba skuad negara Nik Mohd Azwan Zulkiflie tempat ketiga.

Juara peringkat ketiga semalam yang juga pakar pecut Terengganu Cycling Team (TSG) Mohd Harrif Salleh menduduki tempat kelima untuk mengekalkan jersi Raja Pecut.

Saingan peringkat kelima dan terakhir JM 2016 akan berlangsung esok dari Kemaman ke Kuala Terengganu sejauh 142.7 kilometer.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Oktober 2016 @ 3:40 PM