Hong Kong: Bilionair hartanah Hong Kong Thomas Kwok dan bekas timbalan ketua kerajaan Rafael Hui semalam didapati bersalah atas tuduhan rasuah.

Bagaimanapun, adiknya Thomas, Raymond yang juga bilionair, dibebaskan dari semua tuduhan.

Thomas dan Rafael didapati bersalah selepas perbicaraan yang mendapat tumpuan penduduk Hong Kong berhubung rasuah yang menurut pendakwa raya berjumlah HK$34 juta (RM15 juta).

Rafael, ketua setiausaha bandar raya itu dari Jun 2005 hingga Jun 2007, didapati bersalah atas lima daripada lapan tuduhan sementara Thomas bersalah atas satu daripada tiga tuduhan.

Mereka bersama-sama didapati bersalah berkait dengan bayaran sebanyak HK$8.5 juta (RM8 juta) berturut-turut selama empat hari sebelum Rafael memegang jawatan berkenaan pada 2005.

Pendakwa raya berkata, bayaran itu dibuat menerusi transaksi sulit yang membabitkan orang tengah.

Kedua-dua tertuduh yang dibebaskan atas ikat jamin sebelum ini, ditahan semalam sehingga mahkamah bersidang semula Isnin depan untuk menjatuhkan hukuman. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Disember 2014 @ 5:03 AM