GAMBAR Arshad membancuh teh menjadi viral selepas dirakam dan dimuat naik Jiah di Instagram. - Agensi
Agensi

Islamabad: Seorang pembuat teh di sebuah gerai di sini ditawar menjadi model sebuah syarikat fesyen selepas gambarnya sedang bekerja menjadi viral di Internet.

Remaja bermata biru itu, Arshad Khan, 18, sedang membancuh teh di sebuah gerai di pasar Itwar Bazaar apabila beberapa keping gambarnya dirakam seorang jurugambar, Jiah Ali.

Jiah memuat naik gambar itu di laman sosial Instagram dan dalam sekelip mata ia menjadi viral di Pakistan serta India.

Selepas empat hari gambar itu dimuat naik di laman sosial, Arshad ditawar kontrak menjadi model oleh sebuah syarikat fesyen dalam talian, Fitin.pk.

Arshad memberitahu Samaa TV, dua hari selepas gambar itu dimuat naik di Internet, ramai wanita datang ke gerainya untuk bergambar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Oktober 2016 @ 8:09 AM