IHSAN Bomba dan Penyelamat
Nur Saliawati Salberi
nursaliawati@mediaprima.com.my


Alor Gajah: Seorang maut manakala dua lagi pekerja pembinaan warga asing cedera dihempap konkrit tangki air, dalam pembinaan di Universiti Teknikal Melaka (UTEM), Kampus Durian Tunggal, di sini, hari ini.

Mangsa dikatakan sedang melakukan kerja membancuh simen, sebelum penahan konkrit tangki air terbabit runtuh, pada kira-kira 3 petang.


IHSAN Bomba dan Penyelamat

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Penguasa Bomba Kanan II, Hairul Nizam Ridhuan, berkata sebaik menerima panggilan kecemasan, pada 3.16 petang.

Menurutnya, sebuah jentera bomba bersama lapan anggota termasuk seorang pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Apabila bomba tiba, mayat mangsa bersama dua lagi yang cedera sudah dibawa keluar dari runtuhan oleh rakan-rakannya yang terselamat.


IHSAN Bomba dan Penyelamat

"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis manakala dua yang cedera dipercayai patah tangan, dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Oktober 2016 @ 6:55 PM