KERETA yang disita. FOTO Mohd Hasbi Sidek
KERETA yang disita. FOTO Mohd Hasbi Sidek
Mohd Hasbi Sidek
mohd.hasbi@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Polis menyita dua kereta mewah di pusat beli belah di Bukit Bintang di sini, 17 dan 18 Oktober lalu kerana disyaki tidak berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan melanggar peraturan kastam.

Kereta Rolls-Royce dan Lamborghini itu dipercayai milik ahli perniagaan dari Kelantan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, turut ditahan lelaki berusia 39 tahun yang mengaku pemandu Rolls Royce.

"Rolls-Royce itu didapati tidak didaftarkan di JPJ selain cukai jalan dan nombor pendaftaran tidak sah.

"Manakala Lamborghini didapati melanggar peraturan kastam. Pihak kami sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung status kedua- dua kenderaan ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Oktober 2016 @ 12:29 PM