PENDUDUK setempat melihat keadaaan paras air di Sungai Kelantan yang masih berada pada paras bahaya di Tambatan Diraja, Kota Bharu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir Kelantan di Pusat Pemindahan Banjir Sementara (PPBS) meningkat kepada 18,246 orang membabitkan 82 PPBS di tujuh jajahan.

Selain itu, Sungai Golok di Rantau Panjang masih paras bahaya iaitu berada pada 10.35 meter manakala yang lain mencatat bacaan normal dan amaran.

Lapan belas jalan di Kelantan masih ditutup dengan 12 daripadanya di Jajahan Pasir Mas.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir turut mencatatkan peningkatan apabila 1,624 orang daripada 411 keluarga ditempatkan di enam pusat pemindahan hingga 12 tengah malam tadi, berbanding 1,556 orang pada sebelah siang.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir menurun kepada 8,374 orang daripada 2,417 mangsa berbanding 9,277 orang daripada 2,665 keluarga 7 petang semalam.

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir kilat di Mersing dan mereka yang masih berada di tiga pusat pemindahan adalah 352 orang manakala hujan beransur reda di seluruh negeri.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Disember 2014 @ 1:15 AM