MANGSA lemas Che Muhamad Anuar terjatuh ke dalam air selepas dipercayai mengalami sawan. FOTO Siti Rohana Idris
Oleh Mohamad Zulhairie Manzaidi
am@hmetro.com.my


Tumpat: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun menjadi korban banjir terbaru di Kelantan selepas dikatakan terjatuh ke dalam air sedalam kira-kira satu meter di depan rumahnya di Kampung Telok Jering, Pengkalan Kubor, pagi tadi.

Kejadian disedari ibu remaja itu Kalsom Ismail, 56, 7.10 pagi tadi.

Menurut Kalsom, sebelum kejadian anaknya Che Muhamad Anuar Che Hassan, 17, berehat di depan rumah namun tiba-tiba jatuh ke dalam air dipercayai akibat serangan sawan.

Katanya, dia cuba menarik tangan anaknya namun tidak berdaya sebelum mangsa akhirnya lemas.

"Dengan bantuan jiran, kami cuba mencapai tangannya, namun ketika itu dia sudah tidak bernyawa lagi," katanya yang ditemui di bilik mayat Hospital Tumpat, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Disember 2014 @ 3:59 PM