Agensi

Makkah: Gabenor Makkah Putera Khaled al-Faisal mewakili Raja Salman mengetuai operasi membasuh Kaabah hari ini, diiringi rombongan termasuk Presiden Hal-Ehwal Dua Masjid Suci Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, menteri, ulama dan penjaga Kaabah.

Saudigazette.com melaporkan Putera Khaled dan rombongan mencuci bahagian dalam Kaabah menggunakan kain yang dicelup dalam air zam-zam dan pewangi Oud.

Menurut Haramain.info, video yang ditunjukkan dalam berita ini ialah majlis mencuci Kaabah oleh Raja Salman pada Mei 2015.

Sementara itu, bahagian Kiswah atau kelambu Kaabah di kelilingi Batu Hitam di hujung Mezzab (bahagian air hujan dari bumbung Kaabah jatuh) dipasang dengan tenunan benang emas semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Oktober 2016 @ 8:15 PM
Pinggir kiswah mengelilingi Batu Hitam yang dipasang sempadan tenunan benang emas dan gambar kanan, Putera Khaled diiringi Abdul Rahman Al-Sudais keluar dari dalam Kaabah selepas majlis mencuci.